Saturday, 12 November 2011

Merokok mengancam nyawa...!!!

Sebagaimana yang kita tahu merokok amat berbahaya kepada kesihatan.. 
tetapi masih lagi ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.. skemanya ayat aku hik3.. honestly aku memang tak suka sangat dgn owg yg merokok sebab asap rokok tu boleh menyebabkan muka aku berkedut..rosak program nk awet muda tau.. hahakkss...
yelah nak2 TERsedut asap tue.. aaiihh.. waa.. tak kisah gak nak merokok asalkan asap tue make sure hembus arah len.. janganlah ke arah muka aku... 
kesian aku TERpaksa tahan nafas jek.. 
kalau ko sowg jek sakit waa xde hal tp masalah owg yg tak merokok pun akan turut terkena tempiasnya... syukur alhamdullilah ayah aku tak merokok.. & my lovely jugak.. 
mcm tak sangka dia boleh berhenti secara drastik.. mcm tak percaya gak.. tp kawan dia pun menyatakan yg my love betul2 tolak itu rokok.. KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK!!!! yeeaahhh..

Apakah baiknya berhenti merokok?
  • Pernafasan bertambah baik
  • Stamina meningkat
  • Lebih sihat
  • Lebih diterima oleh masyarakat
  • Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
  • Melindungi orang lain dari bahaya merokok
  • Menjimatkan wang
  • Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
  • Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
  • Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
  • Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
  • Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
  • Mengatasi gian dan keinginan merokok
Bagaimana cara berhenti merokok?
  • Menyedari anda mepunyai masalah.
  • Membuat keputusan.
  • Menetapkan tarikh berhenti merokok.
  • Elakkan pengaruh untuk merokok.
  • Minta bantuan dari rakan anda.
  • Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
  • Rancang hari hari tidak merokok anda.
  • Bina keyakinan diri.
  • Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.
Petua mengatasi keinginan merokok.
  • Tarik nafas panjang
  • Minum air
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  • Mandi
  • Basuh tangan
  • Senaman ringan ( contoh : regangan)
  • Sembahyang / meditasi

No comments:

Post a Comment