Wednesday, 30 November 2011

Cantik?? Belum tentu menarik... No bOdy perfect~


aYunk LoVe CaYunk

Anda sering bertanggapan tiada siapa yang akan '' berkenan'' dengan anda apabila berada di khalayak, anda berprasangka tiada siapa yang akan perasan akan kehadiran anda ?Mungkin juga anda akan berasa rendah diri kerana anda memiliki kekurangan dari segi fizikal berbanding rakan-rakan anda yang lain.. Sebenarnya, bukan semua daripada kita dilahirkan dengan mempunyai keistimewaan dengan memiliki wajah yang mempersona.. Jikalau kita fikir dengan lebih mendalam, bagus juga kita tidak dilahirkan dengan wajah yang kurang mempersona agar nanti tidak terasa riak akan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Siapa kata insan yang kurang sempurna raut wajahnya tidak boleh menambat hati orang lain ?

Apa yang pasti, setiap insan di bumi ini memiliki keistimewaan masing-masing, janganlah terlalu memandang rendah pada orang lain sahaja, lihat diri sendiri dulu baru, lihat orang lain. Tidak semuanya sempurna di muka bumi ini.. sedarlah..

Sesungguhnya tarikan kecantikan itu adalah subjetif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada orang lain. Banyak kajian menunjukkn biarpun golongan lelaki dikatakan makhluk yang tertarik dengan kecantikan fizikal, namun bukan semata-mata itu sahaja mereka. Ini dibuktikan bahawa apabila mereka berkahwin dengan pasangan mereka yang sama cantik atau tampan, akhir sekali mereka pasti akan bercerai dan sebaliknya akan berlaku.

Percayalah, biarpun ramai dikalangan manusia yang cantik ini digemari dalam kehidupan mereka tetapi mereka selalunya tidak bertuah dalam cinta.. Kecantikan bukan kelihatan sahaja tetapi apa bagaimana si lelaki itu rasa terhadap anda, itu yang penting.. Kecantikan sebenarnya lahir dari dalam diri biarpun seseorang itu hanya dilihati sebagai gadis biasa yang tidak glamour.

Panduan-panduan ini mungkin boleh menjadikan anda seorang wanita yang dapat menambat hati lelaki :

           a. Beri perhatian penuh
           Golongan lelaki sukakan wanita yang memberi perhatian penuh keadaannya, mendengar cita-cita dan impiannya, keraguannya, hatinya dan selalu memberi semangat. Jadi back bone dia.. Yess aku dah lakukannya..

           b. Menjadi penghibur yang terbaik
           Selalu menyenangkankan hati pasangan anda dengan menghiburkan hati si dia, biar si dia anggap anda adalah penenang jiwa dan melembutkan hati dikala kemarahan atau kepenatan.. aku?? sentiasa menjadi penghibur & nak tau pe dear cakap?? ayat femes tuju kat aku S.E.N.G.A.L hahakkss... aku suka dear happy tue jek... & dear tau awek dear yg sengal nie dear suka coz I'm being myself.. =)

          c. Boleh memasak biarpun sedikit
          Supaya boleh memasak masakan kegemarannya nanti.. Tidaklah selalu makan kat luar je kan, dalam masa yang sama boleh save bajet.. hehe.. aku memang suka memasak.. dear pun tak cerewet bab makan & aku memang save bajet pun.. sampaikan dear cakap aku kedekut dgn diri sendiri tapi aku tak pernah kedekut dengan orang lain..

          d. Boleh masuk dalam semua keadaan
          Dapat menyesuaikan diri dalam setiap kegemaranya dan boleh bergaul dengan semua orang termasuk rakan-rakannya... Like I said.. aku mungkin nampak macam sombong tapi bila dah kenal aku memang friendly.. that's why ramai peminat kot.. ahakks.. perasan sudah.. aku boleh join dengan rakan-rakan dear & his family too.. juz simple in ur life can make others like to be ur fwen too..

         e. Jadi seorang yang pandai
          Lelaki sebenarnya suka kan wanita yang pandai menguruskan diri sendiri dan adakalanya mereka akan kagum dengan anda, namun janganlah anda berlagak, meninggikan diri, dan sering bercakap besar dengan kebolehan yang anda ada.
          Jadilah diri sendiri dan janganlah jadi orang lain ketika bersama dengan golongan ini serta anda perlu baik dengan semua insan penting bagi diri nya seperti, ibunya, kawan-kawannya dan rakan-rakannya dan sebagainya, Sekiranya anda seorang perempuan , jadilah seorang perempuan yang feminin dan maskulin. (Tidak semestinya sebegitu okay)..

          f. Cari persamaan
          Persamaan itu amat penting kerna menimbulkan tarikan dalam diri mereka. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai seorang wanita yang banyak persamaan dengannya, ini menjadikan mereka tertarik dengan anda dan ingin mengenali anda dengan lebih mendalam.

          g. Hampir denganya
          Orang yang paling hampir dengan kita, selalu berada dekat dengan kita. Adakah kita melupakannya? Mungkin tidak, selain persamaan psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat dengan kita atau hampir. Jadi usahalah supaya anda selalu berada hampir dengan mereka.

p/s :: Jadi jangan pandang semua wanita yang cantik itu semua yang sempurna, dan tidak cantik ini tidak sempurna.. renungkanlah yea :)
 terima kasih kerna membaca, walaupun hanya copy tetapi aku ingin berkongsi bukan sebaliknya ..=)

No comments:

Post a Comment