Thursday 1 November 2012


6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Wednesday 17 October 2012

10 Makanan agar kulit tampak mulus



Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Wednesday 19 September 2012

Kenapa kita dilarang Makan Bercampur Makanan Darat dan Laut??? mai bace nie..


“Mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.”


Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.


Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)



Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda
Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.
FAKTA:
Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.
Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses....

Sunday 9 September 2012

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

Anda patut tahu sangat penting!!! Untuk pengetahuan bersama saya share info ni :: 
1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



Monday 20 August 2012

My Silent coz Loving You...

Kita tidak minta utk jatuh cinta...
Cinta hadir tanpa kita mengundangnya...
kadang kala cinta membuat kita percaya
adanya bahagia dalam derita..
begitu juga sebaliknya.
Sebagaimana aku...
aku mencintai dia bukan pilihanku tapi pilihan hati yg diberi rasa ILAHI,
dan bila aku jatuh cinta...
aku letakkan kepercayaan 100% pada sidia...
Apa yg dikatakannya aku percaya walau ada yg kata dia BERDUSTA,
Itulah aku...aku tak pandai MENANAM CURIGA
Walaupun aku ni seorang yg KUAT CEMBURUNYA
aku cemburu aku diam...
aku terasa hati aku diam...
aku dilukai aku masih lagi diam..
MENGAPA?
Kerana PERCAYA ..AKU PERCAYA APA YG TERJADI ADALAH 
DUGAAN DARI ILAHI...
Walau pedih dan peritnya hati ini...
aku belajar utk menerima KEKURANGAN DAN KESILAPAN DIA
dan sepanjang aku terluka....
AKU MASIH TETAP BERDIAM...
TAPI  DIDALAM  HATI  AKU  MENANGIS  SEKUAT2NYA...
MENGAPA?
Kerna aku tidak mahu dia tahu aku TERSEKSA...
MENGAPA?kerana ku sayang dia~
Tapi kata org jika org tu sayangkan kita...
DIA  BOLEH  RASA  APA  YG  KITA  RASA..
YA...kerana itu juga...aku BERDIAM...
KERNA  DIA TAHU...BILA  AKU  BERDIAM
MAKNANYA  AKU  MASIH SAYANGKAN  DIA...
TAPI AKU BERHARAP  DIA JANGAN SAKITI HATI KU LAGI...
kerna dalam DIAMKU...HATIKU DIPARUT2
TAPI KU BALUT DGN CINTAKU JGN SAMPAI  AKU  MENJADI  LETIH  UTK MEMBALUT~


Sunday 12 August 2012

Haaa..Tak Mau kuLit berKeDut & NaK awEt Muda..?? meh BaCe nie...

KebanYakaN waNita inGin Kulit canTik daN siHat
 taPi raMai yg taK taHu aktiviti yaNg dilakukaN
boLeh menYumBang kpd MasaLah KuLit...
as Long as me laa... saKit Hati kaLau KuLit bermasaLah huk3..

PenjaGaan pemakaNan seimBang tue penTing.. taPi kdg2 aKu nie men bedaL jugak..
maKan pon memilih... aiiyyooo...
RuTin haRian waJib diJaga seperti pembersihan waJah, menyegar, melembap, serum...
seelok2nya... amalkan pagi dan malam
Tak kisahlah perawatan yg berjenama @ tidak...

Seperti maNa yang kita selalu dengar.. haTi bersih memancarkan aura keceriaan pada wajah...
begitu juga dgn kuLit...
Bila takde masalah..sentiasa TersenYum.. KuraNg tekaNan...
menyebabkan kuLit kuRang mengenDur, tiDak berKedut dan Tampak Lebih muDa...
daripada USIA... ulang lagi sekaLi.. AWET MUDA laaa...!!!
Rahsia aKu..??? aku sebenarNya maKan Jamu start uMo 17 tahun hahakkss...

PerkaRa ringKas yg KoruNk paTut foLLow ::

Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral. Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.
Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan? Sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan pesakit akan kurus
Tidur yang cukup
Waktu malam masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.
Elak bermekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.
Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan mengikut piramid makanan. Pastikan semua menu sihat disediakan.
Lakukan rawatan wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
Elak tekanan
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.
Anggap diri hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah.
Ketawa
Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan.

ANDA RAJIN ANDA DAPAT HASILNYA.. TAK RAJIN APTB... HUHUHUHU...

Friday 29 June 2012

Hati Wanita...

Jangan pernah membuat orang yang kamu sayangi menangis..
dan diibaratkan tanpa memujuknya... 
kerana akan menyakitkan apabila...
ada insan lain yang membantu mengusap airmatanya...