Sunday, 13 November 2011

11 maKanaN PoPuLar Negeri JohOr..

Aku berasal dari negeri JOHOR DARUL TA'ZIM..Pernah ke Negeri Johor yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia? Negeri ketiga terbesar di Semenanjung yang berjiran dengan Singapura ini hanya dipisahkan dengan Selat Tebrau dan dihubungkan melalui Tambak Johor bagi memudahkan perjalanan yang merentasi lautan itu. Walaubagaimanapun, tahu tak sebenarnya masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu?. Berikut dinyatakan beberapa jenis makanan tradisi yang popular di Negeri Johor:
1. Laksa Johor
 
Laksa Johor sering disebut-sebut sebagai makanan tradisi sekaligus menjadi makanan identiti bagi Negeri  Johor. Kuahnya pekat berasaskan isi ikan yang dimasak bersama rempah ratus, santan, kerisik dan lain-lain. Ia berbeza dengan laksa Penang kerana dihidang bersama spaghetti, campuran taugeh mentah, bawang mentah, hirisan bunga kantan mentah, daun kesum, daun selasih, timun, lobak masin dan sambal belacan yang menjadikan laksa Johor suatu hidangan yang rumit untuk disediakan. Cuba ini: Laksa Johor NSMLaksa Johor FIMLaksa Johor Alif
2. Mee bandung
 
Mee bandung juga merupakan makanan yang mencerminkan identiti Johor. Ia amat terkenal di daerah Muar. Jangan tersalah sangka, perkataan bandung bukan bererti ia berasal dari Indonesia tetapi bandung itu membawa maksud aneka bahan yang dicampurkan dari pelbagai rencah. Kalau singgah ke ke kedai makan atok aku memang sangat terkenal dgn MEE BANDUNG AZIZAH... aku pun dah tau macam mana nak masak mee bandung.. segala ramuan dah hafal dalam kepala.. Boleh cuba resepi ini: Mee bandung Johor NsmMee bandung binda Chef Arm

3. Mee rebus
 
Mee rebus juga popular dihidang ketika pelbagai majlis di Johor. Kuah mee rebus Johor dicampur dengan pelbagai ramuan seperti ubi keledek atau kentang, udang, rempah ratus, air rebusan dan lain-lain. Semua ramuan ini dimasak untuk menghasilkan kuah sederhana pekat dan dihidangkan bersama mee, taugeh, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan keropok. Jika ingin merasa makanan tradisional Johor yang sihat, apakata cuba resepi ini: Mee rebus Johor Nsm Kebiasaan yang popular adalar mee rebus Haji wahid
4. Soto
 
Orang Johor gemar menyediakan soto ketika pelbagai majlis keraian kerana selain sedap ia juga mudah untuk disediakan. Lebih sedap jika dihidang bersama bergedil daging yang dibuat daripada kentang dan daging. Boleh belajar cara membuat pelbagai jenis bergedel di sini: BergedelBergedel dagingBergedel sayur,Bergedel telur
5. Nasi ambeng
 
Makanan Johor banyak dipengaruhi dengan cara masakan jawa seperti nasi ambeng, lontong dan juga ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidang ketika majlis yasin ataupun tahlil. Keunikan nasi ambeng adalah dari segi cara dihidangkan. Biasanya ia dihidang di dalam talam untuk dimakan bersama empat orang. Nasi ambeng biasanya di hidang bersama mee goreng, ayam ataupun ikan, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.
6. Botok-botok
 
Botok-botok adalah makanan asli orang Johor. Sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis herba seperti daun kaduk, cekur, daun kesum, selasih, bebuas, limau purut, daun mengkudu dan daun ubi muda yang dikukus di dalam daun pisang. Botok-botok yang telah siap digaul dengan semua ramuan biasanya dikukus selama dua jam atau lebih kerana ia akan menjadi lebih sedap jika dikukus lebih lama.
Cuba ini resepi yang menyihatkan ini: Botok ikan Nsm
7. Kacang pool
 
Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Walaupun begitu, hidangan ini biasanya dimakan pada waktu petang bersama sebiji telur mata lembu dan roti bakar yang dicicah ke dalam kacang pool.
8. Lontong 
Lontong juga adalah salah satu makanan tradisional Negeri Johor yang juga popular di Singapura sejak dulu lagi. Malah, ia menjadi hidangan istimewa pada Hari Raya Aidilfitri. Lontong yang dimakan bersama kuah lodeh berwarna kuning keemasan ini berasaskan santan, sayur-sayuran, rempah, bawang, serai dan juga udang. Lebih istimewa ia dimakan bersama telur rebus, sambal tumis dan tempe goreng. Boleh mencuba ini:Lontong Johor Alif, Lontong dan nasi himpit Nsm
9. Air katira
 
Air katira sememangnya popular dan tidak asing bagi rakyat Johor yang biasanya dijual ketika bulan ramadhan. Seakan air lai chee kang tetapi tidak sama kerana ia dicampur dengan susu cair dan ais krim soda bersama sedikit pewarna hijau atau pandan. Ia dinamakan air katira kerana diletakkan buah katira di dalamnya bersama pelbagai bahan lain seperti buah kembang semangkuk, hirisan kurma, biji selasih, kismis, kacang, cincau dan badam cincang. 
10. Telur pindang
 
Telur pindang adalah telur yang direbus di dalam air herba selama beberapa hari dengan pelbagai jenis rempah dan daun seperti daun pokok manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga, kulit kayu manis, bunga lawang, kulit bawang dan serai untuk memberikan rasa dan warna yang unik. Masakan tradisional yang terkenal di Negeri Johor ini boleh bertahan sehingga dua minggu atau lebih yang biasanya disediakan ketika majlis-majlis perkahwinan di Negeri Johor. Kalau nak tau ayah aku pakar dalam membuat telur pindang. Nanti aku kawen of coz laa telur pindang..!!
11. Nasi bariani power

Restoran Bariani Power
Restoran Bariani Power at Taman Soga. 
Located at 18 Jalan Tukas 2, Taman Soga, it’s very popular with many. Came here after a long time of not eating their Nasi Bariani. Memang power sedapnya.. !!! kalau blk kampung mst datang makan sini.. my fvrte  pe lagi nasi bariani gam kambing laa...!!! Tempat lain yg popular nasi bariani MD SHAH kat Peserai Batu Pahat jugak..


Semoga riang ria menikmati hidangan tradisi Negeri Johor!

No comments:

Post a Comment