Wednesday, 30 November 2011

Cantik?? Belum tentu menarik... No bOdy perfect~


aYunk LoVe CaYunk

Anda sering bertanggapan tiada siapa yang akan '' berkenan'' dengan anda apabila berada di khalayak, anda berprasangka tiada siapa yang akan perasan akan kehadiran anda ?Mungkin juga anda akan berasa rendah diri kerana anda memiliki kekurangan dari segi fizikal berbanding rakan-rakan anda yang lain.. Sebenarnya, bukan semua daripada kita dilahirkan dengan mempunyai keistimewaan dengan memiliki wajah yang mempersona.. Jikalau kita fikir dengan lebih mendalam, bagus juga kita tidak dilahirkan dengan wajah yang kurang mempersona agar nanti tidak terasa riak akan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Siapa kata insan yang kurang sempurna raut wajahnya tidak boleh menambat hati orang lain ?

Apa yang pasti, setiap insan di bumi ini memiliki keistimewaan masing-masing, janganlah terlalu memandang rendah pada orang lain sahaja, lihat diri sendiri dulu baru, lihat orang lain. Tidak semuanya sempurna di muka bumi ini.. sedarlah..

Sesungguhnya tarikan kecantikan itu adalah subjetif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada orang lain. Banyak kajian menunjukkn biarpun golongan lelaki dikatakan makhluk yang tertarik dengan kecantikan fizikal, namun bukan semata-mata itu sahaja mereka. Ini dibuktikan bahawa apabila mereka berkahwin dengan pasangan mereka yang sama cantik atau tampan, akhir sekali mereka pasti akan bercerai dan sebaliknya akan berlaku.

Percayalah, biarpun ramai dikalangan manusia yang cantik ini digemari dalam kehidupan mereka tetapi mereka selalunya tidak bertuah dalam cinta.. Kecantikan bukan kelihatan sahaja tetapi apa bagaimana si lelaki itu rasa terhadap anda, itu yang penting.. Kecantikan sebenarnya lahir dari dalam diri biarpun seseorang itu hanya dilihati sebagai gadis biasa yang tidak glamour.

Panduan-panduan ini mungkin boleh menjadikan anda seorang wanita yang dapat menambat hati lelaki :

           a. Beri perhatian penuh
           Golongan lelaki sukakan wanita yang memberi perhatian penuh keadaannya, mendengar cita-cita dan impiannya, keraguannya, hatinya dan selalu memberi semangat. Jadi back bone dia.. Yess aku dah lakukannya..

           b. Menjadi penghibur yang terbaik
           Selalu menyenangkankan hati pasangan anda dengan menghiburkan hati si dia, biar si dia anggap anda adalah penenang jiwa dan melembutkan hati dikala kemarahan atau kepenatan.. aku?? sentiasa menjadi penghibur & nak tau pe dear cakap?? ayat femes tuju kat aku S.E.N.G.A.L hahakkss... aku suka dear happy tue jek... & dear tau awek dear yg sengal nie dear suka coz I'm being myself.. =)

          c. Boleh memasak biarpun sedikit
          Supaya boleh memasak masakan kegemarannya nanti.. Tidaklah selalu makan kat luar je kan, dalam masa yang sama boleh save bajet.. hehe.. aku memang suka memasak.. dear pun tak cerewet bab makan & aku memang save bajet pun.. sampaikan dear cakap aku kedekut dgn diri sendiri tapi aku tak pernah kedekut dengan orang lain..

          d. Boleh masuk dalam semua keadaan
          Dapat menyesuaikan diri dalam setiap kegemaranya dan boleh bergaul dengan semua orang termasuk rakan-rakannya... Like I said.. aku mungkin nampak macam sombong tapi bila dah kenal aku memang friendly.. that's why ramai peminat kot.. ahakks.. perasan sudah.. aku boleh join dengan rakan-rakan dear & his family too.. juz simple in ur life can make others like to be ur fwen too..

         e. Jadi seorang yang pandai
          Lelaki sebenarnya suka kan wanita yang pandai menguruskan diri sendiri dan adakalanya mereka akan kagum dengan anda, namun janganlah anda berlagak, meninggikan diri, dan sering bercakap besar dengan kebolehan yang anda ada.
          Jadilah diri sendiri dan janganlah jadi orang lain ketika bersama dengan golongan ini serta anda perlu baik dengan semua insan penting bagi diri nya seperti, ibunya, kawan-kawannya dan rakan-rakannya dan sebagainya, Sekiranya anda seorang perempuan , jadilah seorang perempuan yang feminin dan maskulin. (Tidak semestinya sebegitu okay)..

          f. Cari persamaan
          Persamaan itu amat penting kerna menimbulkan tarikan dalam diri mereka. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai seorang wanita yang banyak persamaan dengannya, ini menjadikan mereka tertarik dengan anda dan ingin mengenali anda dengan lebih mendalam.

          g. Hampir denganya
          Orang yang paling hampir dengan kita, selalu berada dekat dengan kita. Adakah kita melupakannya? Mungkin tidak, selain persamaan psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat dengan kita atau hampir. Jadi usahalah supaya anda selalu berada hampir dengan mereka.

p/s :: Jadi jangan pandang semua wanita yang cantik itu semua yang sempurna, dan tidak cantik ini tidak sempurna.. renungkanlah yea :)
 terima kasih kerna membaca, walaupun hanya copy tetapi aku ingin berkongsi bukan sebaliknya ..=)

Sunday, 13 November 2011

11 maKanaN PoPuLar Negeri JohOr..

Aku berasal dari negeri JOHOR DARUL TA'ZIM..Pernah ke Negeri Johor yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia? Negeri ketiga terbesar di Semenanjung yang berjiran dengan Singapura ini hanya dipisahkan dengan Selat Tebrau dan dihubungkan melalui Tambak Johor bagi memudahkan perjalanan yang merentasi lautan itu. Walaubagaimanapun, tahu tak sebenarnya masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu?. Berikut dinyatakan beberapa jenis makanan tradisi yang popular di Negeri Johor:
1. Laksa Johor
 
Laksa Johor sering disebut-sebut sebagai makanan tradisi sekaligus menjadi makanan identiti bagi Negeri  Johor. Kuahnya pekat berasaskan isi ikan yang dimasak bersama rempah ratus, santan, kerisik dan lain-lain. Ia berbeza dengan laksa Penang kerana dihidang bersama spaghetti, campuran taugeh mentah, bawang mentah, hirisan bunga kantan mentah, daun kesum, daun selasih, timun, lobak masin dan sambal belacan yang menjadikan laksa Johor suatu hidangan yang rumit untuk disediakan. Cuba ini: Laksa Johor NSMLaksa Johor FIMLaksa Johor Alif
2. Mee bandung
 
Mee bandung juga merupakan makanan yang mencerminkan identiti Johor. Ia amat terkenal di daerah Muar. Jangan tersalah sangka, perkataan bandung bukan bererti ia berasal dari Indonesia tetapi bandung itu membawa maksud aneka bahan yang dicampurkan dari pelbagai rencah. Kalau singgah ke ke kedai makan atok aku memang sangat terkenal dgn MEE BANDUNG AZIZAH... aku pun dah tau macam mana nak masak mee bandung.. segala ramuan dah hafal dalam kepala.. Boleh cuba resepi ini: Mee bandung Johor NsmMee bandung binda Chef Arm

3. Mee rebus
 
Mee rebus juga popular dihidang ketika pelbagai majlis di Johor. Kuah mee rebus Johor dicampur dengan pelbagai ramuan seperti ubi keledek atau kentang, udang, rempah ratus, air rebusan dan lain-lain. Semua ramuan ini dimasak untuk menghasilkan kuah sederhana pekat dan dihidangkan bersama mee, taugeh, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan keropok. Jika ingin merasa makanan tradisional Johor yang sihat, apakata cuba resepi ini: Mee rebus Johor Nsm Kebiasaan yang popular adalar mee rebus Haji wahid
4. Soto
 
Orang Johor gemar menyediakan soto ketika pelbagai majlis keraian kerana selain sedap ia juga mudah untuk disediakan. Lebih sedap jika dihidang bersama bergedil daging yang dibuat daripada kentang dan daging. Boleh belajar cara membuat pelbagai jenis bergedel di sini: BergedelBergedel dagingBergedel sayur,Bergedel telur
5. Nasi ambeng
 
Makanan Johor banyak dipengaruhi dengan cara masakan jawa seperti nasi ambeng, lontong dan juga ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidang ketika majlis yasin ataupun tahlil. Keunikan nasi ambeng adalah dari segi cara dihidangkan. Biasanya ia dihidang di dalam talam untuk dimakan bersama empat orang. Nasi ambeng biasanya di hidang bersama mee goreng, ayam ataupun ikan, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.
6. Botok-botok
 
Botok-botok adalah makanan asli orang Johor. Sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis herba seperti daun kaduk, cekur, daun kesum, selasih, bebuas, limau purut, daun mengkudu dan daun ubi muda yang dikukus di dalam daun pisang. Botok-botok yang telah siap digaul dengan semua ramuan biasanya dikukus selama dua jam atau lebih kerana ia akan menjadi lebih sedap jika dikukus lebih lama.
Cuba ini resepi yang menyihatkan ini: Botok ikan Nsm
7. Kacang pool
 
Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Walaupun begitu, hidangan ini biasanya dimakan pada waktu petang bersama sebiji telur mata lembu dan roti bakar yang dicicah ke dalam kacang pool.
8. Lontong 
Lontong juga adalah salah satu makanan tradisional Negeri Johor yang juga popular di Singapura sejak dulu lagi. Malah, ia menjadi hidangan istimewa pada Hari Raya Aidilfitri. Lontong yang dimakan bersama kuah lodeh berwarna kuning keemasan ini berasaskan santan, sayur-sayuran, rempah, bawang, serai dan juga udang. Lebih istimewa ia dimakan bersama telur rebus, sambal tumis dan tempe goreng. Boleh mencuba ini:Lontong Johor Alif, Lontong dan nasi himpit Nsm
9. Air katira
 
Air katira sememangnya popular dan tidak asing bagi rakyat Johor yang biasanya dijual ketika bulan ramadhan. Seakan air lai chee kang tetapi tidak sama kerana ia dicampur dengan susu cair dan ais krim soda bersama sedikit pewarna hijau atau pandan. Ia dinamakan air katira kerana diletakkan buah katira di dalamnya bersama pelbagai bahan lain seperti buah kembang semangkuk, hirisan kurma, biji selasih, kismis, kacang, cincau dan badam cincang. 
10. Telur pindang
 
Telur pindang adalah telur yang direbus di dalam air herba selama beberapa hari dengan pelbagai jenis rempah dan daun seperti daun pokok manggis, daun senduduk, daun jambu batu, halia, galanga, kulit kayu manis, bunga lawang, kulit bawang dan serai untuk memberikan rasa dan warna yang unik. Masakan tradisional yang terkenal di Negeri Johor ini boleh bertahan sehingga dua minggu atau lebih yang biasanya disediakan ketika majlis-majlis perkahwinan di Negeri Johor. Kalau nak tau ayah aku pakar dalam membuat telur pindang. Nanti aku kawen of coz laa telur pindang..!!
11. Nasi bariani power

Restoran Bariani Power
Restoran Bariani Power at Taman Soga. 
Located at 18 Jalan Tukas 2, Taman Soga, it’s very popular with many. Came here after a long time of not eating their Nasi Bariani. Memang power sedapnya.. !!! kalau blk kampung mst datang makan sini.. my fvrte  pe lagi nasi bariani gam kambing laa...!!! Tempat lain yg popular nasi bariani MD SHAH kat Peserai Batu Pahat jugak..


Semoga riang ria menikmati hidangan tradisi Negeri Johor!

Saturday, 12 November 2011

Di sebalik aku terima nikahnya

Meh siNi naK share.. aku baca nie pon daRi Fb sebenarnya...


LAFAZ AKAD NIKAH


"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM" 

Bunyi macam senang? tapi kita tau tak erti sebenar atau erti tersirat disebalik lafaz akad nikah tu. 

ERTI TERSIRAT

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Hafal-hafal gak lafaz ni.. tapi fahamilah erti maksud sebenar... so bg kaum adam carilah wanita yang mendengar kata sebelum or selepas berkahwin.. yg molek pandangannya dari setiap sudut aspek..
Bagi kaum hawa tiba masanya utk anda renungi bersama..

Bila tengok kawan-kawan aku zaman sekolah certain yg dah berkahwin ramai yg telah berubah.. perubahan yg lebih baik.. syukur alhamdullilah.. bagaikan disirami NUR cahaya muka mereka.. 
Biasalah zaman remaja bolehlah berjimba2.. hohohooo... yang dulunya sexy, dgn rambut yg berwarna warni.. mcm2 stail fesyen.. ble tgk skg?? sudah berhijab.. sopan.. npk cantik sgt dan bahagia dgn pasangan masing... perubahan tanpa dipaksa atas kesedaran sendiri.. bagi aku dowg tak hipokrit.. memang jauh berbeza benar owg yg aku penah kenal dlu.. apabila kita berkawan dgn kawan yg elok gaya stailnya automatik kita pun rasa tertarik sekali sama dgn perubahan tue sebab timbul rasa malu.. kawan-kawan dah berubah kamoo ble lagi..?? takkan nak tunggu kiamat plak.. owg yg berkahwin pun lum tentu menutup auratnya..
Moga suatu hari aku pun mau seperti tu jgk... amin..


Merokok mengancam nyawa...!!!

Sebagaimana yang kita tahu merokok amat berbahaya kepada kesihatan.. 
tetapi masih lagi ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.. skemanya ayat aku hik3.. honestly aku memang tak suka sangat dgn owg yg merokok sebab asap rokok tu boleh menyebabkan muka aku berkedut..rosak program nk awet muda tau.. hahakkss...
yelah nak2 TERsedut asap tue.. aaiihh.. waa.. tak kisah gak nak merokok asalkan asap tue make sure hembus arah len.. janganlah ke arah muka aku... 
kesian aku TERpaksa tahan nafas jek.. 
kalau ko sowg jek sakit waa xde hal tp masalah owg yg tak merokok pun akan turut terkena tempiasnya... syukur alhamdullilah ayah aku tak merokok.. & my lovely jugak.. 
mcm tak sangka dia boleh berhenti secara drastik.. mcm tak percaya gak.. tp kawan dia pun menyatakan yg my love betul2 tolak itu rokok.. KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK!!!! yeeaahhh..

Apakah baiknya berhenti merokok?
  • Pernafasan bertambah baik
  • Stamina meningkat
  • Lebih sihat
  • Lebih diterima oleh masyarakat
  • Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
  • Melindungi orang lain dari bahaya merokok
  • Menjimatkan wang
  • Melindungi persekitaran
Mengapa susah untuk berhenti?
  • Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
  • Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah)
  • Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
  • Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
  • Mengatasi gian dan keinginan merokok
Bagaimana cara berhenti merokok?
  • Menyedari anda mepunyai masalah.
  • Membuat keputusan.
  • Menetapkan tarikh berhenti merokok.
  • Elakkan pengaruh untuk merokok.
  • Minta bantuan dari rakan anda.
  • Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
  • Rancang hari hari tidak merokok anda.
  • Bina keyakinan diri.
  • Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok.
Petua mengatasi keinginan merokok.
  • Tarik nafas panjang
  • Minum air
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  • Mandi
  • Basuh tangan
  • Senaman ringan ( contoh : regangan)
  • Sembahyang / meditasi

Thursday, 10 November 2011

Perlu ke nak tunjuk sayang kena belikan macam-macam???

Tajuk kita selongkar pada hari ini ceeewaaahhh.. perlu ke beli macam2 tuk tunjukkan kita sayang??
Berbaloi ke pew yg korunk wat tue???
sampai ko sanggup makan maggi?? silap2 tak makan.. makan ati jek..
ok..ok relax2 sudah..
Benda kadang adaptasi dari kisah kawan2 or mungkin dari kisah sendiri dulu2...
Bagi yg bertuah mungkin dlm keadaan bahagia..
Bagi yang kurang bertuah mungkin dlm keadaan sengsara or derita..
sadis plak ayat aku pagi2 buta nie akk akk akk...

Entahlah aku pon tak tau nk komen.. kadang2 perlu..
sebab nk tunjuklah kononnye kte nie sayang.. hargai die dlm hidup kita
nak wat dia terikat dgn apa yg kita bagi... sanggup watpe jek..
ke sana ke mari... ada yg sampai melibatkan taruh nyawa.. 
cam aku jek.. hahakkss..
yekew???
itu pada mulanya... pada akhirnya?? silap2 berakhirlah sudah riwayat kisah cinta korunk..
yang tak ke mana tue... sape rugi?? ko yg rugi.. sape yg ada disisi??
kawan2 ko gakk yg bernanah blk2 dengo cete sama.. 
rasenye dh bg nasihat pon awal2.. tak pon dh bagi hint..
supaya ko blh pk sendiri kang lebih2 nti kata kawan2 korunk jeles.. 
busuk ati ke pew..
ingat sayang tue berpada-padalah... aku pon byk belajo dari kesilapan...
if tak nak lukakan ati owg tue.. or tak nak pergunakan dia.. lepaskanlah..
benda tue 1 hari mcm karma tau.. what people say..
WHAT GOES AROUND COMES AROUND

Adakalanya berbaloi dgn apa kita wat.. sebenarnya ikhlas..
biasalah.. kte bg something tuk owg kte sayang..
kte akan rasa happy ble owg kte sayang happy dpt surprise...
untunglah si dia yg dapat tue... 
but if smthg happen between ulllooss..
time tue cam rse menyesal pon ada... 
terkuarlah kisah2 silam suka dan duka pengorbanan yg korunk pertaruhkan
Yang selama nie pe korunk nk dok pendam2.. 
ble tuk owg yg disayang sanggup ketepikan kemahuan sendiri...
so damn...!!!!!!!!!
 time tue cam rse nk hentam2 blk jek owg yg menganiaya tu..
tuelah menyesal kemudian hari tak berguna...

Ada yang aku tak tahan ble kawan aku cete.. 
lelaki nie belikan awek die kete..
bulan2 bayar pakai duit die.. Bf die ni pki moto jek.. 
keje pangkat SPM..
tanggung awek yg belajo dgree... sebab Gf die owg susah..
last2??? 
kne tinggal gitu jek..
ble jmp parent pempuan tue.. wat bodoh jek.. 
mcm menyebelahi ank pmpn die..
pe jenis owg lah nie.. 
pmpn tue mintak putus ble dah jumpe owg lg better dari die..
kecian bai... tak sampai ati tgk lelaki dibuat macam itu...
dah nasihat.. ko terlebih sayang..mcm2 wat.. hah amek kau.. 
betul cakap kawan tue..
Sekarang?? bila npk pempuan die dah tak pandang dah...
dah malas.. nk layan lagi.. fobia.. kononnye..

Nasihat akulah.. sayang tu biarlah berpada2.. dlm dunia nie..
lelaki ke perempuan ke sama jek aku tgk sikapnye..
kalau yg terkena pisau cukur ke.. haaaaiihh...
jangan jadi lembu yg dicucuk hidung.. turutkan je kemahuan.. 
kecian betul..
padahal sendiri susah.. ati merana.. garu kepala.. makan ati..
amit-amit owg jowo cakap.. mintak2 dijauhkan...
bagi korunk yg rasa diri korunk mcm nie.. insaf2lah...
yg dah penah terkena... jgn ulang lagi.. sayangi diri sendiri
sebelum fikir owg len... & tolong hargai setiap pengorbanan insan yg sentiasa berada disisi..

~ SEKIAN ~


Wednesday, 9 November 2011

Nak tau Rahsia Hati Seorang Perempuan??

✿●•٠· ♥ Rahasia Hati Seorang Perempuan✿●•٠· ♥

(¯`v´¯)
... `•.¸.•(¯`v´¯) ♥☆
........`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ...♥☀...♥`•.¸.•´♥☀♥*☆ ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ♥*☆

- SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian ... (✿◠‿◠)

- CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja .... (✿◠‿◠)
...
- HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM ... (✿◠‿◠)

- IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui ..... (✿◠‿◠)

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah .... (✿◠‿◠)

- PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam ... (✿◠‿◠)

- MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum .... (✿◠‿◠)

- EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya .... (✿◠‿◠)

- CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati.. (✿◠‿◠)

- SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita ..... (✿◠‿◠)

Thursday, 3 November 2011

BENEFIT OF LAUGHING

Orang kata ketawa penawar duka... dgn ketawa juga boleh mengurangkan segala masalah yg membelenggu dlm diri kita.. kebaikan ketawa

  • REDUCES HEART DISEASE
  • NATURAL PAIN KILLER
  • IMPROVES BREATHING
  • HELPS YOU LOSE WEIGHT
  • GIVES GOOD SLEEP
  • DECREASE STRESS
  • MAKES YOU LOOK YOUNG
  • BOOSTS RELATIONSHIP

juz i want let u know THERE'S NO REASON NOT TO LAUGH..!!! ok.. ^_^