Setiap di antara kita mahukan hidup yang baik dan lebih tepat lagi. Semua manusia mahukan hidup yang terbaik buat diri masing-masing.
Benarkan?
Yes, memang betul tapi percayalah semua kita ni dah ada rezeki masing-masing. Sudah di tetapkan Tuhan apa dan bagaimana suatu perkara akan kita jalani nanti. Baik atau buruk itu bukan urusan kita. Semuanya sudah disusun oleh Allah s.w.t.
Jangan nak banyak tanya... hehehe.
Jadi, untuk apa kita nak pertikaikan untung nasib someone. Kalau kawan kita “lebih” sana sini, biarkan saja. Jangan tanam rasa tak puas hati dan dengki sesame sendiri. Set kan dalam kepala kita, “oh,itu rezeki dia!”.
Rasanya, kalau korang boleh fikir macam tu. Tak kan ada kot rasa cemburu itu ini sesame sendiri. Kadang-kadang, dengan ahli keluarga sendiri pun kita boleh cemburu. Kan? Aku mengaku memang ada. Hahahaha!
Aku pun manusia biasa. Hahahaha! Pincang sana sini beb...
Kadang-kadang aku kesian dengan manusia ni. Tak boleh nak tengok kawan-kawan sendiri “lebih” daripada dia. Mula lah nak dengki itu ini, buat cerita merapu sebab tak puas hati, senang cerita semua kerja jahat dia nak buatlah. Yang penting bagi dia, hati dia puas! Ada gak yang jeles tak puas hati sebab ada insan lain mengatakan kawan dia cantik. So mulalah ati panas, cemburu buta. Maaf.. tu bukan salah dia. Dah anugerah dari Allah s.w.t. Sekarang cantik bukan sekadar pada rupa jek tau?? Kalau rasa diri tak bpe ok.. ok2 kan laa.. =)
Jangan kata kawan, kadang-kadang dengan bekas kekasih sendiri pun ada yang dengki dan tak puas hati bila yang satu ni hidup lebih bahagia daripada dia. Mungkin dalam diri ada rasa sedih, terguris, sedikit cemburu atau apa saja dengan bekas pasangan kita.
Itu perkara biasa. Nama pun manusia. Tapi, untuk apa mahu berdengki dan tunjuk rasa tidak puas hati dengan kebahagian insan yang pernah kita sayang? Ikhlaskan saja kan lebih baik.
Bukan seronok bila dapat tahu ada kawan-kawan yang ada masalah hidup. Tak sama sekali. Cuma, bila kita tahu ada manusia yang lebih teruk, lebih susah, lebih bermasalah daripada kita dalam hidup. Buat aku lebih bersyukur dengan Tuhan. Kadang-kadang malas nak dengar masalah orang bagaikan kita ni macam orang tengah then kita plak jadi mangsa.. sorry to say.. yang tak menyusahkan tak pe.. just jadi pendengar setia tp kadang masalah die mengaitkan kita sekali.. buat menambah bertimbun masalah.. yang tak ada kaitan langsung pun.. sana ckp lain situ cakap lain.. kesian kita gak jadi mangsa keadaan ni..Rezeki dan nasib kita sudah molek-molek ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Cuma, apa yang kita boleh buat.. berusahalah sedaya boleh menjadi manusia yang baik dan lebih baik dari sehari ke hari dan bukan menjadi lebih teruk.
Kita hidup perlu ada hala tuju. Jangan jadi lalang. Goyah ikut angin. Kan lebih elok kalau tetapkan hati, bersyukur dengan apa yang ada dan berdoa yang baik-baik untuk orang lain. Bukan tanamkan dan bela rasa busuk hati dalam diri.
Percaya tak, ada sesetengah orang tu. Dek kerana sibuk sangat tak puas hati dengan rezeki orang lain sampai boleh jadi stress!!!! hahaha..
No comments:
Post a Comment