Sunday, 23 October 2011

APA ITU KELEMUMUR...???

Apa itu kelemumur?
  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan
  • Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
  • Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
  • Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur
 
kelemumur
Kelemumur
  • Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
    • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
    • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
    • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
    • Pengeluaran minyak yang berlebihan
    • Perubahan hormon
    • Tekanan perasaan
    • Daya imuniti yang rendah
Apakah tanda-tanda kelemumur?
  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu
  • Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian
Bagaimana untuk merawat kelemumur?
Gunakan syampu anti kelemumur.
Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:
  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
Bagaimana mencegah berlakunya kelemumur?
  • Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut:
Apa penyebab kulit mengelupas?
Keadaan
Ciri-ciri
Kulit kering
  • Gatal
  • Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
Seborrheic dermatitis
  • Kulit kemerahan dan berminyak
  • Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan
  • Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak seperti bulu kening, belakang telinga, hidung dan pangkal peha
Psoriasis
  • Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
  • Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut
  • Kawasan yang sering terlibat adalah kulit kepala, lutut, siku dan bahagian badan
Contact dermatitis
  • Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
  • Disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan rambut yang tertentu



No comments:

Post a Comment