Monday, 22 August 2011

MASIHKAH ADA YANG SAYANG...


Your answer??

I will answer, yes..., kenapa? usah ditanya... perlukah perasaan sayang itu ada jawapannya?.. bagi sesetengah org mungkin ya.. antara jwpannye mungkin sayang sebab dia syg saya, syg sebab dia baik, dia kiutt,,, dia poket penuh... dia melayan saya seperti seorg raja??? but for me... that not the best reason why i sayang sum1... sayanglah dengan penuh keikhlasan, biar bagaimana dia kelihatan, berapa tebal @ kempisnya poket dia, biar baik@kelakarnya dia.... yang penting saya bahagia dan selamat di sisinya.... selamat???? hhhuhu.. mksud sy dia mgkin menjdi rebutan ramai, tpi kamu akn nmpak yg seluruh kasih sygnya tumpah hanya kepadamu.... mgkin x kan 100% .. mgkin x kan 90%... tapi mgkin hanya 60%... sebab?? dia bukan milik kamu seorang..... dia juga mmpunyai keluarga... ada komitmen pada tugas... dan x mustahil dia juga ada spare part... huhhuhuhu... teman tapi mesra mungkin lebih sesuai kot.... emm... ia berlaku...

Tapi sayangkah kamu?

padanya lagi pabila satu hari terbongkar rahsia yang mgkin membuatkan hatimu berkecai luluh dan mata mula berkaca2?? seperti apa?? hmm.. mungkin kamu bermadu ksih?? dia sygkan kamu, dan dia juga sygkan seseorg yg lain??.. atau dia mgkin pernah buat silap dlm kehdpan yg lepas sebelum bertemu dgnmu???? sayangkah lagi kamu padanya???? tepuk dada tanyalah hati... mgkin kepercayaan itu sudah semakin pudar.. tapi kasih syg tetap ada.. teruskan atau tidak?? setiap insan seharusnya patut diberikan kesempatan kali kedua... untuk menebus dan membuktikan kesetiaanya kepada org yg disayangi... tu pun kalu yakin dia da insaf,,,, huhuhu.. kalu pmpuan ni cepat jerk percaya,,, so do i... hati ckup lembut dgn janji2 yg terungkap... bila dah syg.... kesempatan ketiga???? mungkinkah ada lagi??? mampukah anda? mampukah saya??? terus terang saya tidak mampu... harus sampai bila kesempatan itu diberi??? andai hati yang diserah utk dijaga rapi dikhianati buat kesekian kalinya.... hanya yang pernah merasa kecewa akan mengerti... betapa sakit dan tersiksanya jiwa dan perasaan... bagi yang mempunyai perasaan la.. bagi yg x der rasa tuh, wallahualam... hm.. ckup2 la kecewakan org...

Peringatan buat diri ini jua...
Buatmu yg jauh disana.... maaf andai diri ini diam seribu bahasa...
Buatmu yg setia disisiku,,,, kita teman tapi mesra.....
Buatmu yg wujud didalam hatiku.... setialah pada kata2mu... biar ada yg dtg menduga....

Hati ini terlalu rapuh.... usah yg pernah retak itu ditambah rekahnya.......,

kamu sentiasa dihati ini

SAYANG KAMOO SELAMANYA U__U

KERANA AKU SEORANG WANITA

kerana aku seorang wanita
aku ingin dihormati selayaknya
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya

kerana aku seorang wanita
aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar
aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana aku seorang wanita
aku sering di perlekehkan
aku sering di sakiti
aku sering di lukai
aku sering di lupakan
aku sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana aku seorang wanita
aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati

hanya...
kerana aku seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai..

Saturday, 20 August 2011

MADAH CINTA LUKA


Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.


Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.


Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.


Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.


Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.


10 PetanDa Si Dia jOdOh aNda


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Jom kita tgk 10 petanda si dia jodoh anda...betul ke tak, tpulang pd anda.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.

Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya..



p/s :: ape yg kTe naK taK semesTinya Kte daPat

KELEBIHAN MALAM LAILATULQADAR


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. 

Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. 
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Friday, 19 August 2011

TANDA LELAKI DAH JATUH CINTA DGN PEREMPUAN


Heeyyy laDies Be aLert ::

  1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.
  2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.
  3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.
  4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.
  5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.
  6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.
  7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.
  8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.
  9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
  10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.
  12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.
  14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.
  15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.
  16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.
  17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.
  18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.
  19. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.
  20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.
Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.. haa..amacam ?



Thursday, 18 August 2011

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
 
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
 

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
 

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
 

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
 

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
 

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
 

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
 

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
 

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
 

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
 

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
 

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
 

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin 
dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


P/S :: Surah Yassin juga adalah jantung Al-Quran.. Sama-samalah kita amalkannya sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat.. InsyaAllah.. Sekadar nasihat untuk diri sendiri..

Friday, 12 August 2011

TIPS : kOruNk kNe aMik taU kaLaU naK paKai bRaces ;)


Setiap kali kalau aku bukak mulut npk gigi jek.. mst owg dok tanye soalan yg same.. soalannye lebih kurang camnilah.. " sakit tak pakai braces? kne cabut gigi tak? mst mahalkan?? bpe kos wat? mcm mne nak makan? " aku dah tak heran soalan tue..  sebab dlu pon aku dok tye soalan yg same ble aku npk owg pakai braces nie... hik3..

Kebanyakkan rakyat Malaysia nie takut nak jmp doktor gigi. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene.

Sebenarnye dari darjah 4 lagi nak pakai.. tapi time tue doktor suggest bio gigi kekal dah tumbuh semua jgn ade gigi susu lagi bru blh pki braces.. nek sek men mst ade  check gigikan tiap2 thn? aku asik dok tye tentang braces kat doktor tue.. bkn pe aku risau sakit..!!! nak2 kne cabut 4 batang gigi?? OMG.. seramnye.. last2 smp dah hbs sek aku tak wat2.. klu wat pon amek mse bertahun2 dgn klinik gigi gov bru panggil name coz ramai yg booking,, leceh aarr..even murah pon RM500 time tue dgn gov.. gigi aku takdelh teruk sgt.. 2 gigi kapak ke depan,,yg sebelah 2 ke belakang,, gigi taring amek kau 2 btg ternaik mcm drakula ( tue yg wat mahal + manis ) hahakksss.. Ko aDew?? tp ok.. xde yg perasan pon gigi aku tak rate.. bselh nak cantik pye pasal.. jeles tgk owg semua gigi cantik.. smp aku nk tunjuk gigi segan..


Ok hari ni aku nak sharekan pengalaman tentang liku2 kehidupan gadis bergigi besi nie.. diam tak diam dah 5 bulan pakai jap jek dah rata...( dgn banggenye!! ) huk3.. pic atas nie baru 3 bulan.. skg dh lg better tau.. 
braCes warne pinky laGi...



SAKIT TAK PAKAI BRACES??

Kalau aku kate tak sakit nampak noo aku nie tipu ye tak?? huargh3.. sakit der.. waa ckp luu.. but BEAUTY IS PAIN rite?? tapi mule2 jelah..  ade macam2 jenis yg korunk akan alami tau..

1. SAKIT COZ KNE CABUT 4 BATANG GIGI  

Haa.. nie yg wat kan aku pk berjuta2 kali nak wat braces ke tak coz kne cabut 4 btg gigi tue..!!! gigi yg sihat, tak rosak, langsung tak penah tampal gigi alih2 kne cabut?? OMG.. akar yg kuat tuk dicabut.. rse sayang der.. doktor pon siap tye dh pk msk2 kew.. gigi awk nie sihat syg buang.. haaa.. ni wat aku serba salah.. siap tgk mke mak aku nak teruskan ke tak.. bkn pe takut aku nti sakit tak blh mkn.. Tapi apalah sangat cabut gigi  4 batang utk kecantikan yang abadi betol? Bagi aku semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. 1st time nak cabut waa rse ngeri beb tgk itu playar.. Sebelum cabut gigi, kena 2 injection anestesia. 4 hari berturut2 aku dtg nk cabut satu2.. kali ke-3 cabut aku sesak nafas.. dh nk pitam.. mybe asik kne bius jek gaknye.. 

2. SAKIT COZ ADE ULSER

Ulser @ dgn kate len mate ikanlah kat tepi pipi blah dlm nie.. adooyaaii Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi.    

3. SAKIT BLE PAKAI SEPARATOR

Separator nie penjarak gigi.  Bende nie akn diletak antara gigi geraham yg kuat tue supaya gigi tue blh bergerak jarak dgn sempurna gitu.. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari. Time pasang tak rse pe sgt alih2 dah siap.. nak kate tak selesa..nth aku rse ok jek..

4. SAKIT KETIKA WAT FOLLOW UP COZ WAYAR TERLALU KETAT

Kesakitan ni akan muncul semula ble wat follow up tiap2 bulan..!! Orthodontik akan tukar braces baru & ketatKan dawai tue spye gigi rapat..
Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu bikin. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari. Nak mkn pon payah der..


MAHAL TAK WAT BRACES?


Haa.. nie bergantung katne korunk nak wat.. tak semua Orthodontik nie same harge.. pandai2 lah korunk survey yerrkk.. dlm lingkungan 5k-7k. Boleh bayar separuh harge then byr bulan2 time wat follow up tue RM100 sebulan. Ni tak termasuk haRge cabut gigi tau... tue bayar harga len.. Follow up tue depends orthodontic nak ganti apa, wire/brackett/band etc.. gov murahlh tapi byk fokus budak sekolah. Bagi yg berkemampuan kalau nk wat kat private jelah.. better wat skunk coz harge makin thn makin naik tau!!! hah.. korunk igt emas je kew blh nek harge tinggi?? huk3..


SUSAH TAK NAK JAGA BLE PAKAI BRACES NIE??

Takde lah susah mne pon.. janji korunk wat follow up.. patuhi arahan jgn makan bende keras2.. takut akan mengganggu pergerakkan gigi tue.. then taku plak tanggal braces tue nti gasak sgt makannye..
Anyway, sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Oh ya, aku pergi mana-mana mesti bawak mineral water, berus gigi & ubat gigi hik3.. rse xselesa ble ade jek yg dok terselit2 nie..haaaiiihh..


SEGAN TAK PAKAI BRACES NIE??

Hahaha.. dlu time aku form 4,5 tgh femes gile cete venezuela YO SOY BETTY LA FEA.. aku jd cancel nk pakai braces time tue.. dhlah aku pakai spect.. cnfrm kne ejek betty..!!! tapi skunk.. aku bangge der.. asal plak nak segan?? pnh gak segan bkn pe gigi gongak atas bwh kiri kanan akk akk akk.. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la aku nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL!! ko igt bkn calang2 owg pakai braces nie tau.. 


PERUBAHAN DPT DILIHAT PAKAI BRACES

Korunk akan semakin kurus..!!! mke akn cengkung ckit disebabkan gigi geraham xdew & tarikan yg kuat tiap2 buLan.. so tak payah pi plastik surgery kat muke automatik bentuk wajah akn berubah.. dlu mke aku tembam.. skunk susut..!! naseb bek pipi nie senyum still nek.. huk3.. important is korunk akn npk lbh mude dari usia.. hahakks.. ske angkat bakul sndri aku nie aaiihh...

Tue jelah dpt aku share kat korunk.. anyway pakai braces nie xdelah buruk mne pon.. cantiklah!!! ade style..!! skunk dh jadi trend.. mcm2 warne adew... haaa KO aDEw??? xde kan?? lepas nie takde lagi makanan terselit2 kat celah2 gigi yg blh menyebabkan karang gigi.. So.. bg yg nak wat braces.. teruskan jelah niat anda.. alah sakit jap jek..  last2 gigi korunk gak yg cantik blh test market lg.. wahaha.. korunk akan rase selesa smp rase tak nak bukak.. aku rase nak bukak time aku nk kawen jek nti huk3?? lame lagi tue.. I more self confident right now..!!! ^__^.. ok adiOs...


TIPS:: jaGa kOmpuTer daRi diserang viRus "KaTaKaN taK naK paDa ViRus..!!!"

1. Gunakan ANTI VIRUS

Langkah pencegahan paling utama. Mahu atau tak anti virus nie mampu bertindak sbg penjaga komputer dari diserang virus. Banyak cara penularan virus samada kita sedar @ tak. Haa.. pilihlah anti virus yg berkualiti tinggi. Ingat!!! jangan sesekali kowg pandai2 nak download kat tenet coz tu semua pek percubaan jek.. tak membantu pon.

2. UPDATE

Kalau dah pasang anti virus kat komputer tu jangan lupa plak nk update coz anti virus ada waktu luput sendiri. Jika tak diaktifkan waktu yg ditetapkan, anti virus tu takkan berfungsi dgn baik. Kat dlm sistem komputer setiap bahan yg digunakan merupakan sesuatu yg telah diset & kowg sbg pengguna ni wajib amek tau penggunaan serta fungsi pada peralatan tu.. jgn jadi buta IT sgt. Sama gak dgn manusia komputer pon perlu berehat pd waktu2 tertentu agar sistem dpt berfungsi dgn sempurna.

3. HATI-HATI KETIKA BROWSING

Kebanyakkan virus di tenet ni tersebar secara meluas ketika kowg melayari laman web yg tertentu dan juga paling byk ketika kowg men permainan on9. Elakkan dari melayari laman web yg punyai unsur2 penyebaran virus. Contoh, klu kowg bukak laman web npk kotak2 dialog muncul yg takdo kaitan tue & suh install ke pe wat acuh jek. Ada gak yg gunakan kata2 permainan mcm beri hadiah tp hakikatnya virus tenet yg ado dlm lmn web tue bakal merosakkan sistem komputer kowg.

4. SELALU "SCAN" FAIL YG DIMUAT TURUN

Wpon fail yg dwnload dr tenet ia mst di SCAN dgn guna anti virus. Misalnye kowg download E-book , jgnlah yakin sgt ia bebas dr virus & tak jejaskan sistem lain. Mst imbas dari awal ok. Selain tu dwnload pic & lagu gak perlu diambil kira laman web mana yg kowg pilih. Kan mencegah lebih baik dari mengubati!!

5. BERHATI-HATI DGN E-MEL

E-mel nie merupakan salah satu medium yg mudah utk tersebarnya virus. Jadi kowg kne berhati2 menggunakan e-mel. Apatah lagi jika kowg terima e-mel dari owg yg tak dikenali coz kowg tak tahu ape yg dihantar oleh mereka. Virus yg terdapat di e-mel boleh memperlahankan sistem komputer & sentiasa " reboot". Kalau benda nie berlaku ia sedia menghapuskan isi kandungan yg ado dlm e-mel kowg.


info dari cybertalk