Thursday, 1 November 2012


6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Wednesday, 17 October 2012

10 Makanan agar kulit tampak mulus



Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Wednesday, 19 September 2012

Kenapa kita dilarang Makan Bercampur Makanan Darat dan Laut??? mai bace nie..


“Mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah.”


Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.


Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( – ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi. (kesan angin kata orang2 tua…)



Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:
* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda
Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.
FAKTA:
Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.
Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.
Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.
Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses....

Sunday, 9 September 2012

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

Anda patut tahu sangat penting!!! Untuk pengetahuan bersama saya share info ni :: 
1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



Monday, 20 August 2012

My Silent coz Loving You...

Kita tidak minta utk jatuh cinta...
Cinta hadir tanpa kita mengundangnya...
kadang kala cinta membuat kita percaya
adanya bahagia dalam derita..
begitu juga sebaliknya.
Sebagaimana aku...
aku mencintai dia bukan pilihanku tapi pilihan hati yg diberi rasa ILAHI,
dan bila aku jatuh cinta...
aku letakkan kepercayaan 100% pada sidia...
Apa yg dikatakannya aku percaya walau ada yg kata dia BERDUSTA,
Itulah aku...aku tak pandai MENANAM CURIGA
Walaupun aku ni seorang yg KUAT CEMBURUNYA
aku cemburu aku diam...
aku terasa hati aku diam...
aku dilukai aku masih lagi diam..
MENGAPA?
Kerana PERCAYA ..AKU PERCAYA APA YG TERJADI ADALAH 
DUGAAN DARI ILAHI...
Walau pedih dan peritnya hati ini...
aku belajar utk menerima KEKURANGAN DAN KESILAPAN DIA
dan sepanjang aku terluka....
AKU MASIH TETAP BERDIAM...
TAPI  DIDALAM  HATI  AKU  MENANGIS  SEKUAT2NYA...
MENGAPA?
Kerna aku tidak mahu dia tahu aku TERSEKSA...
MENGAPA?kerana ku sayang dia~
Tapi kata org jika org tu sayangkan kita...
DIA  BOLEH  RASA  APA  YG  KITA  RASA..
YA...kerana itu juga...aku BERDIAM...
KERNA  DIA TAHU...BILA  AKU  BERDIAM
MAKNANYA  AKU  MASIH SAYANGKAN  DIA...
TAPI AKU BERHARAP  DIA JANGAN SAKITI HATI KU LAGI...
kerna dalam DIAMKU...HATIKU DIPARUT2
TAPI KU BALUT DGN CINTAKU JGN SAMPAI  AKU  MENJADI  LETIH  UTK MEMBALUT~


Sunday, 12 August 2012

Haaa..Tak Mau kuLit berKeDut & NaK awEt Muda..?? meh BaCe nie...

KebanYakaN waNita inGin Kulit canTik daN siHat
 taPi raMai yg taK taHu aktiviti yaNg dilakukaN
boLeh menYumBang kpd MasaLah KuLit...
as Long as me laa... saKit Hati kaLau KuLit bermasaLah huk3..

PenjaGaan pemakaNan seimBang tue penTing.. taPi kdg2 aKu nie men bedaL jugak..
maKan pon memilih... aiiyyooo...
RuTin haRian waJib diJaga seperti pembersihan waJah, menyegar, melembap, serum...
seelok2nya... amalkan pagi dan malam
Tak kisahlah perawatan yg berjenama @ tidak...

Seperti maNa yang kita selalu dengar.. haTi bersih memancarkan aura keceriaan pada wajah...
begitu juga dgn kuLit...
Bila takde masalah..sentiasa TersenYum.. KuraNg tekaNan...
menyebabkan kuLit kuRang mengenDur, tiDak berKedut dan Tampak Lebih muDa...
daripada USIA... ulang lagi sekaLi.. AWET MUDA laaa...!!!
Rahsia aKu..??? aku sebenarNya maKan Jamu start uMo 17 tahun hahakkss...

PerkaRa ringKas yg KoruNk paTut foLLow ::

Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral. Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian. Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.
Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan. Ada wanita beranggapan merokok boleh menguruskan badan? Sebenarnya tidak, apabila merokok dan wanita terkena penyakit, maka badan pesakit akan kurus
Tidur yang cukup
Waktu malam masa terbaik untuk tidur. Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.
Elak bermekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.
Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan makanan mengikut piramid makanan. Pastikan semua menu sihat disediakan.
Lakukan rawatan wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit, mencuci rambut di salun, melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh melakukan sendiri. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
Elak tekanan
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.
Anggap diri hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah.
Ketawa
Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan.

ANDA RAJIN ANDA DAPAT HASILNYA.. TAK RAJIN APTB... HUHUHUHU...

Friday, 29 June 2012

Hati Wanita...

Jangan pernah membuat orang yang kamu sayangi menangis..
dan diibaratkan tanpa memujuknya... 
kerana akan menyakitkan apabila...
ada insan lain yang membantu mengusap airmatanya...


Wednesday, 27 June 2012

Getaran Jantung Ini


‎"SEPI" bukan bererti "HILANG" 
"DIAM" bukan bererti "LUPA"

"JAUH" bukan bererti "PUTUS"
*Aku punya 2 mata yang x selalu melihatmu ...*
Aku punya 2 tangan yg x selalu bisa menyentuhmu...*
Aku punya 2 kaki yg x selamanya bisa berjalan bersamamu...
Tapi aku punya hati.. yg akan selalu mengingat & menyayangimu...!!!


Tuesday, 26 June 2012

Tarikh yaNg diNanti....

9 Julai 2010....
something special in my Life...
everyday I'm count a day...
most beautiful kind of moment...
always in My Heart.. <3 I-ciTy...


Monday, 25 June 2012

Give The Heart tO someone You Love

PeoPLe Cry nOt beCoz Love Ends... 
But BecOz It stiLL contiNues...
^__^

If You dOn't UndersTand My siLenCe
How wiLL yOu unDerstaNd My wOrds..??


Saturday, 23 June 2012

MenCari CinTa SEJati

Cinta itu adalah REZEKI dari Tuhan. Rezeki tak akan datang, tanpa diusahakan! 
Jika putus asa, malas berusaha, tak mahu berjuang..
nak tunggu bulan jatuh ke riba.. 
jawabnya, tak bercinta lah sampai bila-bila =D


You cannot be good enough for everybody, BUT you will always be the best for the one who deserves you :)

If you love someone, do let them know about your feelings towards them before it's getting late... 
Just know, there is no specific time, specific day or even specific date for you.. 
to express your love to your love one... 
Remember : Sometimes when we keep on waiting for perfect moments to arrive, 
we probably will miss it out in the blink of an eye :)


I'M FiNe...

I'm a StRong GirL wHo Keeps her stuFF in Line...
 Even when I HaVe Tears GoinG down On My FaCe, 
I alwaYs ManaGe to saY tHose tWo wOrds.. 
...." I'M FINE "....


Thursday, 21 June 2012

HappY BeLongs To Me...

TahNiaH 
keraNa memPerMuDahKaN uRusaN Ku....
Tak PerLu KeLiRu Lagi...

Wednesday, 20 June 2012

SomeboDy beHinD Me


wahai LELAKI ! ♥

~ kamu boleh mematahkan semangat seorg wanita buat seketika kerana setiap wanita yg dipatahkan hatinya pasti akan mengutip serpihan2 smgtnya dan bangkit mnjadi lebih kuat . jauh lebih kuat dari yg kamu mmpu bayangkan... :) 
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..
Happy With a New Life wiTh a nEw PersOn 
wHo caRes Bout Me... <3

Thursday, 17 May 2012

Cinta Jarak Jauh Dan Cara Untuk Mengatasi Rasa Rindu


Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi.
Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat.
Atas sebab-sebab ini, mereka terpaksa berkorban demi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Perasaan rindu itu akan lebih menebal sekiranya pasangan itu sudah berkahwin. Lagi-lagi buat mereka yang baru sahaja berkahwin tetapi terpaksa berjauhan kerana urusan kerja ataupun melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih jauh.
Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.

Hubungi orang yang dirindui


Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.

Melihat foto atau video si dia

Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

Kunjungi tempat yang pernah dilewati bersama

Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.

Memeluk pakaian si dia

Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.

Lakukan persediaan untuk dia

Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.

Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti di atas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti di atas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia... macam aku nie hik3... jodoh dah ditetapkan oleh Allah s.w.t usah risau... doa, tawakal, usaha.. sekadar berkongsi tips... ;)

Thursday, 26 April 2012

Komunikasi Yang Penting Dalam Perhubungan Tetapi Sering Diabaikan


Sudah banyak diceritakan dalam tips tips cinta dan perhubungan bahawa komunikasi adalah satu perkara yang sangat penting. Hubungan yang terjalin boleh kekal selamanya jika anda tahu cara menggunakan komunikasi yang baik saat bersama pasangan anda tidak kiralah di waktu biasa atau di dalam pergaduhan. Jangan anggap komunikasi adalah satu perkara yang remeh, kerana jika anda salah dalam tindakan dan tidak mengamalkan komunikasi yang betul, anda sebenarnya telah meletakkan hubungan anda di tahap yang bahaya.
Jangan sesekali beranggapan jika anda sudah memiliki si dia, anda tidak perlu lagi menggunakan bahasa yang baik seperti semasa di dalam proses memikat dulu. Anda salah sebenarnya! Ingat, jika anda tidak melayan pasangan anda dengan baik sekarang, tidak mustahil ada orang lain yang sedang menaruh hati dan melayan dia dengan baik. Jadi bertindaklah sekarang jika anda tidak mahu kehilangan si dia. Mungkin anda berfikir, “eleh, dia dah jadi awek aku, jadi tak payah lah susah susah nak pikat lagi”, atau “ala dia dah memang boyfriend aku la, apa aku kata pun dia mesti terima punya”.
Adakah anda tahu, antara punca perpisahan di kalangan pasangan kekasih mahupun yang sudah berkahwin adalah kerana kurangnya komunikasi yang baik di antara mereka? Masing masing mahu tunjuk ego lalu mereka pendam segala kemungkinan untuk berkomunikasi dengan baik, lalu terjadilah perpisahan yang sangat menyakitkan. Anda pasti tidak mahu hubungan anda jadi begitu kan?
Mari kita singkap komunikasi yang sangat penting dalam sesebuah perhubungan tetapi sering diabaikan:-

Pertanyaan yang mesra
Selalu tak anda mengucapkan selamat pada pasangan anda? Contohnya seperti mengucapkan selamat pagi dan selamat malam, ditambah pula dengan panggilan yang mesra dan manja. “Morning sayang, dah breakfast?” atau “Selamat malam, I love u”, . Nampak jiwang dan remeh kan? Tapi sebenarnya, perkara yang dianggap kecil begini sangat penting dalam hubungan. Anda tidak perlu menjadi seorang yang romantik hanya untuk menghantar satu ucapan selamat pada kekasih anda kan? Takkan nak hantar satu ucapan untuk kekasih pun anda tidak ada masa? Biar sibuk macam mana pun, anda harus bertanya khabar dengan pasangan anda. Tiada alasan untuk anda mengatakan sibuk sehingga 2 atau 3 hari tidak menegurnya. Satu pesanan ringkas SMS tidak mengambil masa yang lama kan?
Saya beri anda satu lagi contoh situasi. Si suami bekerja sebagai doktor dan si isteri pula bekerja sebagai peguam. Secara logik, masa untuk mereka bersama sangat sikit dan pastinya kerjaya mereka menuntut satu pengorbanan masa yang amat tinggi. Cuba anda fikir, sudah tentu mereka jarang berkomunikasi kan? Tetapi adakah anda tahu bagaimana hubungan suami isteri itu boleh tetap bahagia walaupun masing masing sibuk? Itu adalah kerana adanya kuasa komunikasi yang baik antara mereka berdua. Jadi anda tidak boleh menggunakan alasan sibuk berkerja lalu mengendahkan pasangan.

Komunikasi saat pertelingkahan atau perselisihan faham
Masa tengah marah, orang kata macam macam perkataan yang akan keluar dari mulut kita tanpa kita sedari. Tapi ingatlah, anda tidak boleh menelan balik kata kata yang telah anda keluarkan hanya dengan alasan anda sedang marah. Jadi sebelum apa apa perkara yang tidak elok berlaku, lebih baik sekiranya kita belajar cara untuk berkomunikasi dengan betul semasa bergaduh. Mula mula, apa yang perlu anda lakukan adalah, jangan biar emosi mengawal diri anda. Tidak kiralah siapa yang mulakan pertelingkahan dulu, anda seharusnya cuba untuk mengawal emosi dari bertindak tanpa batasan. Jika anda yang tidak puas hati, tanya dengan si dia dengan bahasa yang halus dan lembut. Pergaduhan biasanya terjadi bila salah seorang dari anda mula bercakap dengan nada yang tinggi.
Jadi elakkan menggunakan bahasa yang kasar dan nada yang tinggi. Jika dia yang memulakan pergaduhan, cuba pujuk si dia dengan bahasa yang lembut juga. Tanyakan padanya apa yang tidak kena dan jelaskan yang anda tidak berniat untuk menyakiti hatinya. Jika si dia sedang marah dan mengeluarkan kata kata yang membuatkan anda terasa hati, jangan melawan dan apa yang perlu anda lakukan ketika itu adalah diam. Apa akan jadi jika api berlawan dengan api? Sudah tentu bertambah parah kan? Bersabar seketika kerana selepas dia sudah reda dari kemarahannya, dia akan meminta maaf kembali, percayalah jika si dia benar benar cintakan anda, dia akan menyesal dengan keterlanjurannya sebentar tadi. Yang penting, jangan dua dua ego, salah seorang mesti mengalah.
Dalam setiap perhubungan, kita tidak akan dapat elak dari pergaduhan dan pertelingkahan, tetapi kita boleh belajar untuk menjadi lebih baik dari setiap pertelingkahan itu. Hubungan anda dan si dia akan jadi lebih baik selepas anda berdua faham tentang diri masing masing.

Komunikasi ketika berhadapan dengan keadaan
Apa yang saya maksudkan adalah komunikasi apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang tidak dirancang seperti si dia dalam keadaan sedih atau murung tiba tiba, pasangan anda jatuh sakit, dan pasangan anda dilanda masalah. Tahukah anda, di saat ini pasangan anda sangat memerlukan anda, dan tahukah anda juga bahawa ramai orang tidak tahu cara untuk handle keadaan ini dengan baik? Contohnya bila teman wanita anda sedang dalam keadaan sedih. Anda sebagai teman lelaki seharusnya cuba untuk membuatkan teman wanita anda tenang. Apatah lagi apabila dia mengadu tentang masalahnya pada anda, apa yang anda harus lakukan adalah memberinya semangat. Jangan sesekali abaikan setiap aduannya pada anda. Jika anda sedang sibuk saat dia mengadu masalah, katakan alasan anda dengan baik. Jangan lukakan hatinya dengan kata kata kasar seperti, “saya tengah busy lah, lain kali lah ek”, atau “awak boleh tak jangan tambah beban saya dengan masalah awak? Saya tengah sibuk dan ada banyak benda lain lagi nak fikir”,
Di saat itu, anda telah membuatkannya lebih jauh kecewa. Apa yang perempuan harapkan sebenarnya adalah perhatian dan kasih sayang anda sebagai kekasihnya. Mereka tidak berharap anda akan menyelesaikan masalahnya, tapi cukuplah jika anda dapat menemaninya saat dia susah hati. Ini berbeza pula dengan perangai lelaki. Lelaki bila ada masalah, dia tidak mahu teman wanitanya tahu. Jadi anda sebagai teman wanita harus faham apabila si dia berada dalam keadaan murung, jangan tanya secara direct tentang masalahnya. Cuba ceriakan dia dengan perkara lain. Jangan desak dia ceritakan masalah dia kepada anda. Lelaki sangat pantang apabila didesak.
Itu saja yang dapat dikongsikan dahulu untuk artikel ini. Diharapkan agar kita semua dapat jadi kekasih yang terbaik untuk pasangan masing masing. Kita tidak dapat elak dari masalah sepanjang hidup kita, tapi kita mampu untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik jika kena dengan caranya. Dari hari ke hari, berusahalah untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik untuk kebahagiaan kita dan pasangan sehingga ke akhir hayat.


Tuesday, 27 March 2012

Jangan Bersedih...!!!!!!!!!!!!!!

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan mensia-siakan kesempatan pada hari ini.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan suatu yang hilang dan yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang mati, tidak mampu menolak takdir, dan tidak mendatangkan manfaat.

Jangan bersedih, sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yamg harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.



SABARLAH WAHAI DIRI

Kesusahan itu adalah kepahitan saat kita merasainya, tapi ia adalah kemanisan saat kita mengenangkannya.
Kita akan berubah, saat kita dimatangkan dgn pengalaman, saat kita ditempuhkan dengan pelbagai halangan, saat susah nya hidup kita lalui.
Pasti kita berjuang hanya untuk-Nya.
Walau sekejap kita lemah, diuji, bukan bererti kita mati.
Kita sekadar diduga, hanya untuk menjadi dewasa, menjadi seorg insan, yang sentiasa hidup berTUHAN.
Moga kita semua tabah dalam perjuangan,, terima hanya ujian, bukan merencatkan.
Semua itu adalah tarbiah dan bersangka baiklah dgn ALLAH..
ALLAH SENTIASA ADA

barakallahufik.....                                    

BERFIKIR SEBELUM BERKATA

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !