AKU MEMPUNYAI PENYAKIT GASTRIK YG SANGAT TERUK SAMPAI MUNTAH-MUNTAH.. PENYAKIT YG SERINGKALI DATANG DAN PERGI.. SO KAT SINI NAK SHARE KAT KAWAN-KAWAN MENGENAI GASTRIK NIE... RISAU SANGAT BERKENAAN DGN MASALAH USUS... errmm...
SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis.
Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.
"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga
menimbulkan radang.
"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya.
Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.
Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori.
FAKTA
Simptom gastrik
* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Mengalami angin
* Muntah
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.
Penyakit lain berkaitan sakit perut
Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.
Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.
Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak.
Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.
Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:
makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.
rehat yang lebih.
jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas).
pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.
tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.
pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.
Ubat-ubat yang boleh diambil
Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :
antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.
H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya.
proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.
prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).
ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.
Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.
Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.
H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).
Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:
haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.
lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.
perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.